03 Januari 2006 tarikh first posting ana. Ana mula berkhidmat di Sek. Keb. Telok Kumbar (SKTK), Bayan Lepas Pulau Pinang. Selama empat tahun di SKTK, pelbagai pengalaman telah dipelajari. Iklim sekolah yang teramat indah, rakan sekerja yang begitu rapat, suasana desa yg tenteram... sukar untuk dijelaskan dengan kata. Semuanya teramat indah bila dikenang.
Namun kini, segalanya menjadi memori terindah yang akan terpahat di hati dan ana percaya ianya sukar untuk dicari ganti.
Warga Pendidik SKTK
Kini sekolah baru menanti. Sek. Keb. Kuala Gris (SKKG), Kuala Krai, Kelantan. Iklim baru, kawan baru, pentadbiran baru. segalanya baru. Hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu yang akan terjadi. Namun sebagai insan biasa, jauh di sudut hati ana mengharapkan yang terbaik.
Selamat tinggal SKTK & selamat datang SKKG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan